Monday, May 25, 2009
Saturday, April 25, 2009
HANI GI OPIS
Hari ni hari Sabtu. Sume orang cuti atau separuh hari kerja termasuklah orang yang jaga hani. Cuma aku je yang kerja hari Sabtu, full day pulak tu. Ikutkan hati memang malas nak keje hari Sabtu tapi nak buat macam mana bos suruh keje 6 hari seminggu, ikutkan jelah. Memandangkan sume orang cuti dan nenek Hani gi honeymoon terpaksalah aku bawa Hani gi pejabat. Punya lah kecoh minah sorang ni. Sume benda dia nak pegang, sampai suis komputer aku dia padam. Terperanjat aku, tengah taip-taip kat komputer tiba-tiba padam, rupanya hani yang gi off suis komputer. Ape yang aku buat kat pejabat ni sume dia nak tengok. Lucu tapi geram tengok dia tak reti diam. penat aku hari ni jaga dia kat opis. Opis ni dah jadi macam tempat asuhan kanak-kanak aku tengok, Hani tu sorang aje tapi riuhnya macam ade 2 3 orang budak kat sini. Cakap tak pandai lagi tapi entah ape yang dibebelkan dari pagi tadi sampai petang ni mulut dia tak berhenti mengomel. Dia tidur baru rasa sunyi sikit. Boring plak kalau Hani tidur. Kat opis ni cuma aku aje staf yang ade, so bermaharajalela lah aku kat opis ni ngn Hani. Hehehehe.... ok lah jam dah menunjukan pukul 5ptg, masa untuk aku pulang.
Posted by Jamilah at 1:42 AM 0 comments
Sunday, April 19, 2009
Saturday, April 18, 2009
Friday, April 10, 2009
ANAKKU SAYANG.....
Posted by Jamilah at 9:26 PM 0 comments
Thursday, March 6, 2008
Sahabat Sejati
Sahabat sejati adalah sahabat dikala suka dan duka. Kita juga merupakan sahabat kepada seseorang. Adakah kita ini sebagai sahabat sejati atau sahabat dikala senang sahaja. tepuk dada tanya selera. jawapan dari soalan itu ada dalam diri kita sendiri. Saya percaya, sekiranya kita jujur dalam bersahabat, seandainya kita adalah sahabat sejati bagi seseorang, pasti kita akan sentiasa dikelilingi olah sahabat sejati. Kata orang rambut sama hitam, hati lain-lain. Peribahasa itu memang betul tapi kita kena ingat apa yang berlaku walau sebesar zarah sekali pun, semuanya atas kekuasan Allah.
Percaya atau tidak, cubalah jadi sahabat yang sejati dan lihat lah apa yang akan berlaku disekeliling kita. Hidup ini selalu kena try and error. Jangan bimbang anda tak akan rugi jika cuba menjadi sahabat sejati.
Posted by Jamilah at 12:23 AM 0 comments

